|
Written by Hasbi bin Din
|
|
Friday, 03 April 2009 |
|
Eh, nak bunuh diri ke apa ni? Ishhh. bukan.
Aku dah baca, aku dah dengar dan aku dah tengok, rata-rata rakan-rakan aku ada yang dah mula rasa sedih dan sebak. Bakal pergi jauh daripada rakan-rakan yang lain. Bakal pergi tinggalkan kehidupan yang penuh suka duka pahit manis dan masam masin di bangunan ini. Walaupun seringkali rasa nak pergi, tapi kehidupan bersama rakan memang tak pernah nak dijauhi. Dalam masa lebih kurang dua minggu, maka akan berakhirlah riwayat kami sebagai Intians, secara tak langsung berakhirnya brotherhood kami di sini.
Berakhir, ya berakhir.
ber-akhir.
b e r a k h i r . . .
Tak tahulah macam mana nanti.
Tapi apa yang pasti,
tiada lagi bersama, tidur bersama, shisha bersama, poker bersama, fifa bersama, president bersama, as-salam bersama, pangkah memangkah bersama, counter strike bersama, red alert bersama, port dickson bersama, sewa kereta bersama, bukit ampang bersama, barbeku bersama, futsal bersama, nasi set bersama, ayam bakar bersama, burger lori bersama, nasi ayam dining bersama, kelas bersama, roswell bersama, pool bersama, mcs nite bersama, memasak bersama,
dan banyak,
banyak,
banyak,
lagi bersama.
Macam mana kita nak lupa semua tu? Tak boleh rasanya.
Rakan-rakan, gunakan beberapa hari yg berikutnya ini sebaik mungkin. Mana tahu tak dapat jumpa lagi lepas ni? Ikut nasib sajalah kalau terjumpa. Itu pun kalau terjumpa. Jadikan hari-hari akhir ini hari yang terbaik! Gerak dulu~
p/s: Mana yang ada hutang tu baik bayar cepat! =)
|
|
Last Updated ( Friday, 03 April 2009 )
|
|
|
Written by Hasbi bin Din
|
|
Monday, 30 March 2009 |
|
Sekadar catatan Sabtu lepas. Santai menulis, sampai huruf kecil besar pun tak dihirau.
baru pulang dari kelas world religions. kelas empat jam. empat jam ya rakan-rakan.
mengantuk, sangat.
aku tidur pukul empat semalam. memang mengantuk la jadinya. tapi macam semangat pula nak bersiap pagi tadi. konon-kononnya macam best sangat kelas tu.
oh silap, kelas tadi memang best pun sebenarnya.
hari ini kami masuk topik baru. dalam kata lain, agama seterusnya.
Islam, ya hari ini kami belajar tentang Islam pula. rasa macam kelas pendidikan islam pun ada tadi, tak pun kelas sejarah tingkatan empat. tersingkap semula ingatan ketika zaman sekolah dahulu. semua benda nak kena ingat dan hafal. kalau tak hafal memang tak dapat jawab.
tak dapek den nak nolong'eh tu .
ish budak sekolah, budak sekolah.
dua jam pertama kami berdiskusi. mungkin aku tak aktif sangat lah. sekadar menyampaikan secebis dua idea. yang lain-lain lebih banyak membantu. serius, aku kurang pandai dalam hal-hal diskusi secara mata ke mata ni. kalau monitor ke monitor mungkin boleh, sebab aku perlu masa untuk berkata-kata. otak berfikir, mulut berbicara, tangan menaip.
ah, mengarut. sama saja sebenarnya.
diskusi tadi memang menarik. habis keluar semua hukum hakam halal haram punya definisi. isu poligami, murtad, syurga neraka, hari kiamat, dan yang lain-lain sebaris dengannya turut dibicarakan. syukur ada sahabat yang mampu menerangkan secara terperinci tentang isu agama ni. terasa diri ini memang tak cukup langsung dengan ilmu. banyak yang nak kena muat-turun dalam minda ni. bila eh? entahlah.
dua jam seterusnya, tayangan sejarah Rasulullah S.A.W dan Islam. agak sentimental. dokumentari yang diolah dengan baik oleh PBS production. mula-mula memang semangat nak tengok. rasa mengantuk aku tolak tepi. tapi dah masuk separuh masa kedua, aku semacam dah tak tahan. lantas ke bilik air, basuh muka, dan masuk semula.
aku tengok.
tengok.
dan tengok.
eh, tak tahan lagi.
aku tetap teruskan menonton. tapi ada ketikanya aku terlelap. dua tiga kali mungkin. dan akhirnya, tayangan itu tamat.
akhir kelas, eddy lee menyatakan ketidakpuasan hatinya yang amat sangat terhadap kerajaan kini yang berpaksikan ke-ikut-suka-hati-an dan memerintah secara tidak bijak. katanya kerjaaan yang mentadbir sekarang amat songsang daripada konsep yang dianjurkan oleh agama Islam, merujuk kepada keindahan Islam yang ditonjolkan dalam tayangan tadi.
dia bukan pro-pembangkang. tapi lebih kepada komposisi rakyat yang mahukan perubahan. ada kalanya aku rasa yang aku juga berada dalam kapal yang sama seperti dia.
rakan-rakan lain bagaimana?
masih terlalu awal untuk bicara politik?
tidak sama sekali. inilah masanya.
p/s: aku mengharapakan malaysia baru yang berlandaskan keadilan dan berkiblatkan keimananan. kau bagaimana?
|
|
Last Updated ( Monday, 30 March 2009 )
|
|
|
Written by Hasbi bin Din
|
|
Friday, 27 March 2009 |
|
yeay yeay, dah habis! Alhamduillah, selesai sudah segala, kecuali beberapa assignment dan satu presentation. Selain daripada itu, semua dah selesai. Banyak assignment dah disalin-tulis, banyak test dah dilunyaikan, dan 10 eksperimen (kecuali satu) dah dikerjakan.
Keputusannya?
Tak perlu aku nyatakan. Kau semua dah boleh agak.
Aku bukannya tak boleh. Boleh. Kalau rajin memang boleh. Kalau ada kemahuan memang boleh. Tapi ada sahaja masalahnya. Ada saja halangannya. Tak dapat aku nak letakkan kesalahan ini pada sesuatu atau sesiapa. Jari telunjuk ini sepatutnya menuding ke arah aku sendiri.
Ya memang, memang silap aku. Aku tahu. Aku sendiri yang tak sedar. Ini peluang kedua dan terakhir. Seharusnya aku buat sebaik mungkin tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Aku dah cuba. Cuba jauhkan segala punca kepada kehancuran ini. Tapi semacam tak jadi. Setiap yang aku elak, ada yang jadi pegganti. Aduh..
Kenapa jadi macam tu?
Kini aku buntu. Masih ada harapan lagi ke? Masih boleh lagi ke?
Boleh lagi ke?
Boleh ke?
Jawapan ada pada aku sendiri.
Minggu-minggu yang menyusul bakal menjadi penentu.
Selamat maju jaya buat kau Hasbi bin Din!
p/s: The Fabulous Cats - Bawaku Terbang |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>
|
| Results 1 - 4 of 11 |